5/31/09

Sekadar Renungan Bersama

Baru baru ini saya ada menerima satu kiriman email dari seorang sahabat dan kawan. Kiriman tersebut menceritakan tentang pasangan kekasih yang sanggup berkorban demi sebuah cinta. Pada mulanya saya agak tidak peduli dengan kisah tersebut mungkin kerana usia saya yang sudah agak tidak sesuai lagi dengan cerita -cerita seumpama itu. Namun setelah saya meluangkan sedikit masa dan cuba menghayati apa cerita sebenar di sebalik yang tersirat saya mula sedar bahawa cerita tersebut memang mempunyai nilai pengajaran yang mendalam. Ceritanya begini: kata Maisarah (bukan nama sebenar) yang buta kedua-dua matanya kepada kekasihnya Akram (juga bukan nama sebenar).

Maisarah: Alangkah indahnya alam semasta ini?

Akram: Ye memang indah sekali tak dapa saya bayangkan betapa indahnya, dan tentu sekali ianya lebih indah sekiranya Maisarah berada di sisi saya buat selama-lamanya.

Maisarah: Akram sanggupkah kamu menemani perjalanan hidup ini dengan seorang wanita yang buta serepti aku ini?

Akram: Oooh tentu sekali Maisaraha, saya sanggup buat apa apa pun demi kamu Maisarah. Lagi pun saya akan cuba sedaya usaha saya untuk kembalikan penglihatan kedua duat matamu itu supaya kamu dapat lihat betapa indahnya dunia ini.

Maisarah: Wah... alangkah bahagianya aku pada hari ini kerana kamu sanggup berusaha untukku dan tetntu sekali aku juga dapat meilhat wajahmu yang segak ini. Wah dah tak sabar aku menuggu hari itu akan tiba.

Namun apa yang berlaku setelah itu amat menyedihkan.

Pada suatau hari setelah Maisarah dapat melihat di sekelilingnya, tiba2 dia menyedari bahawa Akram, kekasihnya itu, keadaannya juga buta kedua dua buah mata. Lalu Maisarah berkata: Wahai Akram sanggup kamu mempermainkan perasaanku, kamu seorang penipu, aku tak sangka bahawa kamu juga buta seperti aku !, sedangkan kamu menceritakan keindahan alam semasta ini dengan hanya rekaan kamu semata mata ye!!!!

Aku tak sanggup lagi menjadi kekasihmu.

Lalu Akram cuba memperjelaskan keadaan yang sebenar, namun Maisarah tetap dengan pendiriannya itu. Maka mereka berdua berpisah buat selama lamanya.

Pada suatu hari, Maisarah terjumpa sekeping nota, di dalam nota tersebut menceritakan tentang pengurbanan Akram terhadapnya, di mana Akram sanggup berkorban demi kekasihnya Maisarah. Walau sekali pun dengan menggantikan dua buah matanya yang celik dengan dua buah mata Maisarah yang buta itu.

Barulah Maisarah tahu bahawa sebenarnya dua buah mata itu adalah ampunya Akram yang sanggup menggantikan matanya demi kebaikan Maisarah. Namun segala galanya sudah terlambat.

Pengajaran:

Seringkali kita salah tafsir pengertian sesuatu pemeberian yang dikurniakan kepada kita. Justeru itu, kita patut berfikir terlebih dahulu sebelum kita membuat sesuatu keputusan secara mendadak. Kerana ada sesuatu kebaikan di sebalik segala pemberian itu.


1 comment:

Ardyana said...

sedihnyaaaa......